Sunday, 12 April 2015

KEM IBADAH SOLAT


Pada 10 dan 11 April yang lalu, telah diadakan Kem Ibadah Solat peringkat sekolah bertempat di Dewan Serbaguna. Murid-murid yang terlibat adalah murid tahap 2. Program ini bermula pada jam 2.45 petang pada 10 April (hari Jumaat) dengan Pertandingan Bercerita Kisah Nabi dan juga Pertandingan Khat. Seramai 12 peserta terlibat untuk pertandingan bercerita dan untuk pertandingan khat pula semua murid tahap dua terlibat.


Pada sebelah malam pula, diadakan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fa’izi. Keesokan harinya, murid diterangkan tentang cara mengambil wuduk dan solat dengan betul. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan bersama fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SKPKS untuk menilai kefahaman murid secara teori dan amali. 

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi, lain kali bantulah lagi.