Tuesday, 16 July 2013

NUR ATIRAH JUARA BOWLING

Pada 25 Jun 2013 telah diadakan pertandingan bowling di Karnival Permainan 1 Malaysia Pendidikan Khas Kebangsaan di Port Dikcson Negeri Sembilan. Dua orang murid SKPK Selangor telah menyertai pertandingan tersebut bagi kategori bermasalah pendengaran dan menjadi wakil negeri Selangor bersama lagi dua orang peserta dari daerah lain. Mereka adalah adik Muhammad Naim dan adik Nur Atirah dari kelas 5 Kasih. Jurulatih yang melatih team bowling ini juga adalah merupakan guru dari SKPK SELANGOR iaitu Cikgu Fekhry.


TEAM BOWLING MASALAH PENDENGARAN SELANGOR



Pada kejohanan tersebut adik Nur Atirah telah menjadi JOHAN bagi SINGLE PEREMPUAN mengalahkan 21 atlet yang lain. Dia juga memenangi NAIB JOHAN bagi DOUBLE PEREMPUAN. Tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment