Saturday, 4 April 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Perdana telah diadakan pada 1 hingga 2 April 2015 di Stadium Mini SMK USJ 23. SK Pendidikan Khas juga adalah tuan rumah untuk kejohanan ini. Seramai 28 orang murid telah terlibat dalam kejohanan tersebut. Antara acara yang dipertandingankan adalah Lompat Jauh, Lontar Peluru, Larian 100 meter, 200 meter dan 4 x 100m bagi kategori lelaki dan perempuan Masalah Pendengaran Junior.

Adik Nur Aizatruddin telah dipilih sebagai Olahragawan kerana memenangi 3 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa. Manakala adik Nurshazwana pula dipilih sebagai Olahragawati yang memenangi 3 Pingat Emas.

Sekalung tahniah buat semua AJK dan Kontinjen SK Pendidikan Khas Selangor.

No comments:

Post a Comment