Saturday, 4 April 2015

PERTANDINGAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA


Pada 31 Mac 2015, SK Pendidikan Khas telah diwakili oleh 16 orang murid (8 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan) untuk menyertai Pertandingan Boling Tenpin Pendidikan Khas PPD Petaling Perdana. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Mereka bertanding untuk kategori Masalah Pendengaran Junior Lelaki dan Perempuan. Murid SKPK Selangor hanya bertanding sesama sendiri untuk kategori ini. Pasukan lelaki dan perempuan dibahagikan kepada dua kumpulan setiap kategori. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Johan Berkumpulan Lelaki: Pasukan B (Muhammad Zumar, Muhammad Daniel, Muhammad Haziq                                              Danish dan Muhammad Nazwanshah)

Johan Berkumpulan Perempuan : Pasukan A (Asuvini, Nurshazwana, Fatin Najwa dan Ervina)


Tempat Ketiga Individu Lelaki : Muhammad Daniel bin Azman
Tempat Kedua Individu Lelaki : Muhammad Syafiq bin Adnan
Johan Individu Lelaki : Muhammad Zumar bin Azman

Tempat Ketiga Individu Perempuan: Nurul Fatin Najwa binti Sarkawi
Tempat Kedua Individu Perempuan : Asuvini a/p Gobi
Johan Individu Perempuan: Nurshazwana binti Abdul Halim



No comments:

Post a Comment