MAKLUMAT SEKOLAH

         

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor ditubuhkan pada 1 Julai 1988. Pada peringkat awal penubuhannya beberapa buah kelas pencantuman di beberapa buah sekolah daerah Klang digabungkan menjadi satu di SRK (P) Bukit Kuda, Klang dan didaftarkan dengan nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Selangor
                  Pada 2 Disember 1991 sebuah bangunan baru dibina di belakang SRK (P) Bukit Kuda. Bilangan murid pada ketika itu ialah 60 orang. Pada 1 Jun 1998 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor Berpindah ke premis baru di Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18 Shah Alam. Sekarang jumlah murid adalah seramai 104 orang.


LENCANA SEKOLAH


 BENTUK BULAT
Melambangkan Perpaduan

ALAT PENDENGARAN DAN BUKU
Alat pendengaran membantu murid-murid belajar

GELOMBANG BUNYI
Melambangkan murid menerima bunyi mengikut tahap kehilangan pendengaran

WARNA
Merah, putih dan kuning melambangkan Negeri Selangor



MOTO SEKOLAH
Yakin, Usaha, Berjaya


VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Mebangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara